Monday, March 23, 2009

Kencing Manis

Jenis Diabetes

Diabetes terdiri dari 2 jenis iaitu diabetes jenis I dan II. Lebih 90% pengidap diabetes adalah dari jenis II. . Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat

Tanda-tanda kencing manis adalah:

* Sering dahaga dan sering perlu minum air.


* Penglihatan semakin kabur.

* Kerap kencing


* Sering pening kepala

Badan lemah dan tidak bermaya


* Selera makan meningkat

* Berat badan turun dengan cepat.


* Luka lambat sembuh

* Jangkitan kurap dan kegatalan pada kemaluan

Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-

* Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)

* Mereka yang berat badan agak tinggi

* Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas

* Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.

Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.

Mengesan kencing manis

Kencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disureh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.

Bagaimana Mengelak Kencing Manis

Perubahan cara hidup

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul.

Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: -

Pemakanan

Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.

Senaman

Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% - 60%.

Penjagaan berat badan

Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.

Pemeriksaan diri sendiri

Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.

Pemeriksaan oleh doktor secara tahunan

Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.

Pengambilan Ubat

Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.

Makanan yang patut dielakkan

* Gula

* Gula melaka

* Coklat

* Jem

* Madu

* Sirap

* Aiskrim

* Biskut-biskut yang manis

* Susu pekat

* Minuman ringan

* Gula-gula jeli

Makanan yang patut dikurangkan

* Nasi

* Roti

* Ubi kentang

* Ubi keledek

* Ubi kayu

* Jus

* Kelapa

* Daging kambing

* Buah-buahan jeruk

* Bahan-bahan tenusu

Makanan yang boleh dimakan dengan bebas

* Serbuk lada

* Rempah-rempah

* Serbuk kari

* Cecair - air,teh, kopi,jus tomato dan limau, sup cair

* Sayur-sayuran - kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi,cendawan, ,tomato,bunga kobis,

kacang bendi,terung, ketola.

Penawar Tradisional

Amalkan memakan jus peria setiap hari (4 hingga 5 biji) selepas sarapan pagi.

Mengelakkan jangkitan

Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah tersebut :

* Selalu menjaga kebersihan diri

* Tiap-tiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air, keringkan kaki dan sapukan bedak


* Mandilah selalu


* Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan

* Jaga kebersihan gigi

* Menjauhkan diri dari kecederaan

* Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar

* Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki

* Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada

* Berhati-hati semasa bercukur

* Penjagaan kaki

* Kalau peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda

* Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama

* Jangan pakai kasut yang ketat

* Sentiasa urutkan kaki anda

Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit

Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-

* Buta

* Kerosakan buah pinggang

* Sakit jantung dan penyakit lumpuh

* Darah tinggi

* Penyakit saraf

* Mati pucuk

Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari.

Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki

Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut

Berikut adalah beberapa fakta mengenai penyakit diabetes.

. Seorang mati setiap 10 saat akibat penyakit diabetes di seluruh dunia.

. 70% pengidap diabetes adalah dari negara membangun. Setiap tahun 6 juta penduduk di negara membangun mengidap penyakit

diabetes.

. Usia kebanyakan pengidap diabetes di seluruh dunia adalah dalam lingkunang 45 - 64 tahun.

. Diabetes type 2 adalah merupakan 90 % dari pengidap diabetes. 80% pengidap diabetes boleh dielakkan dan dikawal dengan menukar

cara permakanan, bersenam dan meningkatkan kualiti persekitaran.

. Lebih 1 bilion ringgit digunakan untuk membiayai rawatan penyakit diabetes di seluruh dunia pada tahun ini.

Anda boleh mengelakkan akibat-akibat buruk ini kalau anda menjaga diri anda dengan baik

Mengidap penyakit kencing manis tidak bermakna anda hidup seperti dipenjarakan

Kalau anda ikut langkah-langkah dalam rawatan dan kawalan penyakit ini, anda boleh menikmati kehidupan yang penuh dan bahagia

Kawal penyakti kencing manis untuk menikmati kehidupan yang bahagia dan sihat

Sumber rujukan:

www.geocities. com/alam_ penyakit/

www.kacipemas. com

Friday, March 13, 2009

TANDA-TANDA AWAL KANSER

TANDA-TANDA AWAL KANSER


  1. Kanser pangkal rahim  
    sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.    

 

  1. Kanser payudara  
    bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.    

 

  1. Kanser usus besar  
    perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.    

 

  1. Kanser paru-paru  
    - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.    

 

  1. Kanser perut 
    hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.    

 

  1. Kanser limpa 
    sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.    

 

  1. Kanser ovari  
    haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.    

 

  1. Kanser otak 
    sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.    

 

  1. Kanser prostat  
    sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.  

 

  1. Kanser darah (leukimia) 
    letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).  

 

  1. Kanser tekak 
    suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.    

 

PENYEBAB UTAMA KANSER

1.      Makanan

2.      Alkohol

3.      Sinaran cahaya matahari

4.      Pengambilan ubat

5.      Perokok yang tidak aktif

6.      Tembakau  

7.      Radiasi  

8.      Pekerjaan  

9.      Pencemaran air dan udara  

10.  Keturunan    


DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

1.      Hindari makanan berlemak dan bergoreng  

2.      Hindari makanan ringan yang masam  

3.      Kurangkan minum kopi dan minuman bergas  

4.      Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin  

5.      Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

 

 

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser


1.
SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. "Bah Kut Teh" (daging babi)
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".  

4. Barah - akibat penggunaan bahan dalam shampoo.
Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate  atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.  

Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. makanan   jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

6. Bawang Goreng segera .
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

STROKE:Remember the 1st Three Letters....S.T.R.

Blood Clots/Stroke - They Now Have a Fourth Indicator, the Tongue
STROKE:Remember the 1st Three Letters....S.T.R.

good to know... may be this come handy one day..

Please read this story:

STROKE IDENTIFICATION:

During a BBQ, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine (they offered to call paramedics) .she said she had just tripped over a brick because of her new shoes.

They got her cleaned up and got her a new plate of food. While she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening

Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00 pm Ingrid passed away.) She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today. Some don't die. they end up in a helpless, hopeless condition instead.

It only takes a minute to read this...

A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.

RECOGNIZING A STROKE

Thank God for the sense to remember the '3' steps, STR . Read and Learn!

Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify.. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.

Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:

S *Ask the individual to SMILE.

T *Ask the person to TALK and SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently)
(i.e. It is sunny out today)

R *Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.


If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call emergency numberimmediatelyand describe the symptoms to the dispatcher.

New Sign of a Stroke -------- Stick out Your Tongue

NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out his tongue.. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other,that is also an indication of a stroke.

Tuesday, March 10, 2009

40 sikap yang tak patut oleh ibu bapa

Anak adalah anugerah dari Allah yang paling berharga..
Hargai dan sayangilah mereka
Kepada semua yang bergelar Ibubapa kita sama-sama renungkan....

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup berkerjasama

mutiara kata

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan

*Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

*Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.

*Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

*Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

*Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

*Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

*Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

*Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

*Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

*Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

*Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

*Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

*Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

*Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

*Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Seorang petani mempunyai sebatang pokok rambutan yang cukup merimbun.
Dahannya berceracak ke sana dan ke mari. Dan setiap dahan itu pula,
menghasilkan rimbunan buah yang cukup lebat. Pada awalnya si petani berasa
cukup girang menantikan masa ranum. Namun ketika tiba masanya, petani
tersebut menjadi hampa. Kerana pokok yang rimbun itu berbuah masam rupanya.

Apa yang harus si petani lakukan? Menebang terus pokok tersebut? Rugi pula.
Mungkin pokok ini akan berbuah yang lebih baik di musim hadapan. Cantas
kesemua dahannya agar nanti tumbuh dahan yang baru? Semoga nanti dahan yang
baru ini akan menghasilkan buah yang enak? Atau abaikan sahaja pokok
tersebut? Kerana tidak mungkin lagi ia akan menghasilkan buah yang baru?

Jika si petani melakukan salah satu atau kesemua langkah yang tersenarai di
atas, pastinya si petani akan tergolong dalam golongan orang² yang rugi.
Kerana pokok itu tidak terhasil dengan sendirinya. Banyak peluh yang telah
dititiskan oleh petani tersebut. Maka, bukankah lebih elok jika si petani
membaja dahulu akar pokok tersebut. Sebelum dicantas dahannya, kan lebih
diperiksa akarnya terlebih dahulu?

Sebenarnya kehidupan kita ini umpama pokok rambutan tersebut. Rimbunan daun
dan dahan yang berceracak itu umpama harta dunia yang kita miliki. Manakala
buahnya adalah hasil iaitu keseronokan hidup yang kita rasai. Pohon yang
rimbun belum tentu menghasilkan buah yang cukup baik. Begitu juga harta
yang banyak belum tentu menjanjikan kebahagiaan.

Akar pokok itu melambangkan jiwa atau rohani kita manakala bajanya adalah
iman dan taqwa. Mungkin dalam kes ini, si pokok masih lagi mampu mencari
makanan melalui akarnya namun, zat yang diperolehi tidak mencukupi atau
bukan yang terbaik. Dan begitulah hidup kita. Mungkin kita rasakan segala
amalan yang kita lakukan telah mencukup sedangkan pada hakikat, kita masih
belum menemui kemanisan hidup.

Kemanisan hidup ini kita takkan perolehi dengan harta benda. Biarpun kita
miliki gedung² mewah yang bernilai ratusan juta ringgit, atau mungkin
ladang yang luasnya puluhan ribu ekar, itu semua tidak menjanjikan
kemanisan hidup buat kita. Kerana, harta benda hanya akan membuat jiwa kita
menjadi semakin kosong dan semakin layu jika kita terlalu mengejarnya.

Kata orang, agama dijunjung, dunia dijinjing. Kalau goyang agama, maka
lepaskanlah dunia dan selamatkanlah agama terlebih dahulu. Namun ada juga
yang tidak bersetuju dengan pendapat ini. Kata mereka, dunia dan akhirat
harus dipegang sama. Jangan jatuh salah satu. Harus sama rata. Iyakah?
Mungkin. Tetapi, apakah boleh kita memegang keduanya dengan sama eratnya?

Jawapannya tidak. Sama sekali tidak. Cubalah. Jika kita mengejar dunia,
pasti akhirat kita akan keciciran. Betul, walaupun bekerja kita tetap juga
bersolat. Tetapi, seawal manakah solat kita itu didirikan? Sejauh manakah
pula khusuknya jika asyik teringatkan tugasan yang belum dibereskan? Nyata
tidak akan wujud keseimbangan antara dunia dan akhirat di dalam jiwa kita.

Namun kata orang lagi, dunia itu ibarat bebayang. Semakin kita mengejar
maka semakin ia menjauh. Manakala akhirat pula umpama matahari. Semakin
kita kejar matahari, maka semakin pula bebayang tadi mengejar kita. Iaitu,
seandainya kita terus mengejar akhirat, percaya atau tidak bahawa dunia
akan mengejar kita. Lalu kita tidak perlu mengejar dunia lagi.

Tetapi amat sukar untuk menetapkan hati untuk mengejar akhirat semata.
Kerana akhirat tidak kelihatan di mata. Walaupun kita cukup sadari bahawa
setiap amalan akan beroleh balasan, namun yang kita sering titik beratkan
adalah balasan yang tampak di mata. Justeru tidak hairanlah seharian kita
(termasuk saya) terus-terusan mengejar dunia lebih dari akhirat itu
sendiri.

Hingga akhirnya kita hanyut dalam arus kehidupan namun masih lagi terlupa.
Dan apa yang lebih menyedihkan, kita tidak sadar akan kesilapan yang telah
kita lakukan. Terus²an mengejar bayang² dan meninggalkan matahari di
belakang. Hingga akhirnya hari pun malam. Dan apabila kita tersedar, sudah
terlalu lewat. Matahari sudah tidak akan terbit lagi. Wana'uzubillahi
minzalik...

Hidup ini sebenarnya umpama secawan air suam. Lalu kita masukkan gula yang
berupa harta, keluarga dan segala macam nikmat dunia. Walaupun kini air itu
telah menjadi manis, namun ianya tidak mempunyai sebarang perasa yang mampu
menambat hati kita. Lalu kita taburkan pula serbuk untuk menambah rasa.
Barulah ianya enak untuk dinikmati.

Itulah peranan iman di dalam hidup. Mungkin bagi sesetengah orang,
kemanisan gula sudah memadai. Namun kehadiran kopi akan menjadikan air itu
lebih berselera untuk diminum. Hanya, seberapa banyak serbuk kopi yang
perlu kita taburkan, bergantung kepada keperluan kita sendiri. Bagi yang
berjaga malam, tentunya mereka lebih gemarkan kopi yang lebih pekat atau
'kaw'.

Begitulah sebuah kehidupan. Benar, tanpa iman di dalam jiwa, kita masih
mampu menikmati kehidupan yang ada. Namun, dengan kekuatan dan ketebalan
iman, segala harta dan nikmat dunia ini akan menjadi lebih sempurna.
Walaupun kita tetap juga mengejar dunia, namun kita tahu ada masa untuk
kita berehat untuk minum secawan kopi. Tanpa iman, kita sendiri yang
keletihan kerana berlari tanpa henti.

Namun adakalanya kopi yang dibancuh tersalah adunan. Mungkin terlebih
kopinya atau mungkin terlebih gula. Jika ditambah gula atau kopi lagi,
bimbang nanti airnya akan menjadi semakin pekat pula akhirnya. Di
penghujungnya, kita juga yang bakal kehilangan selera. Tetapi kopi yang
sebegitu tidak perlu dibuang. Tidak salah jika kita membancuh semula.

Bahagikanlah kepada 2 bahagian kemudian tambahkan lagi air dan bancuhlah
semula mengikut resepi yang sepatutnya. Kini kita telah punyai 2 cawan
kopi. Jadi bolehlah kita berkongsi kenikmatan yang sama dengan rakan kita.
Itulah hebatnya agama Islam. Kerana Allah yang mencipta manusia, maka Allah
tahu kelemahan kita. Kerana itulah Dia telah menyediakan jalan untuk
bertaubat.

Kopi yang saya minum semakin lama semakin hilang 'kaw'nya. Kini, semakin
manis pula rasanya. Mungkin sudah tiba masanya untuk saya membancuh semula.

Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik
adalah akibat kejahilan saya sendiri.

Wabillahitaufiq walhidayah.

Wassalamualaikum warahmatullah…

-Abu Naqibah-

Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di AbuNaqibah@gmail.com
atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/

KITA KAWAN-KAWAN TAK MAU LAWAN...

TIPS & TRICK

SHORT CUT KEY adalah untuk kerja kerja pantas atau apabila mouse anda tidak berfungsi.

CUT,COPY,PASTE.
Bila anda membuka beberapa aplikasi serentak tekan CTRL + C untukCopy,
CTRL + V untuk Paste ,
CTRL + X untuk Cut dan
bila anda melakukan kesilapan tekan CTRL + Z untuk Undo.

Untuk ke SYSTEM PROPERTIES dengan pantas
- Tekan butang Win pada keyboard anda dan hit Pause/Break.

Sekiranya anda hanya ingin restart windows dan bukannya keseluruhan komputer. Tekan kunci shift sambil menekan restart.

Kesilapan mengembalikan CAP LOCK ke asal bila menaip menyebabkan anda tersasul beberapa perkataan..
Anda boleh memasukkan sound untuk memberitau anda.
Buka Control Panel - 2x klik Accessibility Option - dan pilih
Use Toggle Key - OK.

Tekan CTRL + HOME untuk ke awal dokumen dan
CTRL + END untuk ke akhir dokumen.

Sekiranya taskbar sering mengganggu anda ketika anda sedang melakukan tugas. Anda boleh menyembunyikan taskbar dengan cara klik pada "start" \ "setting"\ "taskbar" \"taskbar option". Seterusnya pastikan anda menandakan ruangan hide "taskbar"

Tekan F2 untuk menamakan fail atau folder dengan cepat.

Apabila anda ingin melihat kandungan data di dalam cakera liut (Floopy Disk), buat satu jalan pintas "shortcut" pada "desktop" anda..Untuk membuat "shortcut" bagi pemacu liut, letakkan ikon pemacu cakera liut di dalam "My Computer" ataupun "Window Explorer". Klik kanan pada gambar ikon ini, tarik keluar ke "desktop" dan lepaskannya. Apabila menu "pop up" keluar, pilih "Create Shortcut(s) Here".Namakan "shortcut" ini kepada nama yang sesuai seperti "Floopy Drive A". Cuba jalan pintas ini dengan memasukan sekeping Disk ke dalam pemacu. Klik dua kali pada gambar ikon. Kesemua kandungan fail akan dipaparkan pada "screen".

Tekan ALT + SPACE + N untuk mengecilkan window , ALT + SPACE + X untuk membesarkan dan ALT + R untuk kembali ke asal.Tekan ALT + F4 menutup window.

Untuk memilih semua fail dalam folder,tekan CTRL + A dan untuk melihat pop up menu dengan pantal tekan SHIFT + F10.

Jika anda telah membuka WordPad atau Word 7.0/ 2000, dan ingin membuka fail lain,anda hanya perlu membuka Explorer dan pilih fail teks yang anda mahu buka. Klik fail tersebut dan tanpa lepas gerakan fail tersebut kepada "title bar"WordPad atau Word 7.0 / 2000 Fail tersebut akan terbuka.

Kekunci WIN pada keyboard anda mempunyai beberapa fungsi.Cuba tekan (Hold) kekunci WIN dan tekan e , f , m , r .Tekan CTRL + ESC + P Apa yang anda dapati .Catatkan.

Pernahkah anda mendapati garisan berombak bewarna merah dibawah tulisan yang anda taip bila menggunakan Word97 / Word200.Buka Word - klik Tool - klik Option - klik Spelling & Grammar daan clik chek box ' check spelling as you type ' supaya tiada check mark - klik OK

Anda boleh menukarkan mana-mana "folder" kepada "toolbar". Hanya dengan sekali klik "folder" tersebut akan dijalankan. Untuk membina "toolbar" anda sendiri: "Right click" pada mana-mana ruangan kosong pada "taskbar". Klik pada "toolbar" dan pilih "new toolbar". Klik pada "folder" anda mahu jadikan sebagai "toolbar" dan klik "OK" Setelah anda selesai membina "toolbar", anda boleh klik dan lepaskan ke
mana-mana lokasi pada "desktop"

Bila anda taip perkataan Teh , salepas kekunci enter perkatan tersebut bertukar kepada The.Buka Word - klik Tool - klik Auto Correct.Cari perkataan teh - the didalam scroll box dan klik..Gantikan perkataan the supaya menjadi - teh - teh - klik OK

Untuk protect dokumen anda supaya orang lain tidak dapat membukanya / membaiki.
Klik Tool - Option - Save.Taipkan password dalam petak 'Password to open' (tidak boleh dibuka tanpa password.).Sekiranya anda ingin membenarkan dokumen anda dibuka tetapi tidak membenarkan menyuntingnya ,taipkan password dalam petak 'Password to modify' - klik OK

Untuk memilih fail secara berturutan dalam Window Explorer - Tekan Shift dan klik fail diatas sekali dan dibawah sekali.Untuk memilih fail bercampur tekan Ctrl dan klik fail fail tersebut.

Mengeluarkan CD dari CD ROM - 2x klik My Computer - klik kanan CD ROM - klik Eject.

Untuk mengetahuni setting TCP/IP network - - Start - Run - taip WINIPCFG - klik More Info. dann kklik OK

Anda sering diganggun dengan iklan 'Pop up banner" setiap kali anda memasuki sesuatu laman web..Sekiranya browser anda IE5 / IE4 - Klik Tool - Internet Options - Security - Custom Level - Scripting - Active Scripting - klik disable - OK..Satengah Laman Web tidak boleh dilawati sekiranya langkah ini diikuti,termasuk Hotmail.

Sekiranya anda berminat dengan sesuatu Image untuk dijadikan wall paper semasa melayari laman web, klik kanan dan klik "Set as Wallpaper"

Heret ikon printer ke desktop - Start - Setting - Control Panel - klik dan heret ikon printer keluat - tekan Create Short Cut Here .Sekiranya anda ingin mencetak dengan pantas , buka folder dan heret ke icon tersebut.

Pastikan semua hardware (external device) saperti printer,modem,scanner dsb. di "on" kan sabelum anda install Windows.Ini bagi memudahkan Windows mengesan peralatan tersebut semasa proses install berjalan.

Bagi anda yang mempunyai 2 hard disk , anda boleh " scandisk " kedua dua serentak dengan menekan SHIFT sambil klik kedua dua drive tersebut.

Anda boleh menyemak kelajuan anda melusuri internet dengan menaip "ping" dalam DOS Windows - dan diikuti dengan alamat yang anda semak - contoh - ping www.windows95.com
Anda boleh terus menyambung ke Internet dengan pantas - Klik Start - Run - dan taipkan alamat (URL) yang anda ingini - klik OK.

Sekiranya anda ingin melawati lama web yang telah pernah anda lawati sabelum ini , anda hanya perlu menaip beberapa perkataan sahaja dalam petak alamat manakala yang seterusnya akan terisi sendiri kerana IE4 / 5 mempunyai ' Auto Complete'.Walau bagaimana pun ianya hanya akan mencari URL yang berakhir dengan .com .org .edu sahaja kerana itu telah setkan (default) pada Registry Windows.Anda boleh mengubah Registry :
HKEY_LOCAL_MACHINE \ SOFTWARE \ Microsoft \ Internet Explorer \ Main \ UrlTemplate - dan anda akan bertemu dengan 4 nilai data (IE5) iaitu :
1. "www.%s.com"
2. "www.%s.org"
3. "www.%s.net"
4. "www.%s.edu"
Tambahkan nilai data ini
5. www.%s.gov
6. %s.com
7. %s.gov
8. %s.net
9. %s.edu
10. %s.org.
Untuk menambahkan nilai diatas Klik EDIT / New / String Value dan taipkan No 5.Klik kanan No.5 - Modify dan taipkan data yang ingin ddiubah pada No.5 iaitu www.%s.gov dan klik OK. Ikuti langkah diatas sahingga No 10.

Untuk menukar default URL pada setiap kali anda menyambung Internet , anda perlu mengubahnya pada Registry.:- HKEY_LOCAL_MACHINE \ SOFTWARE \ Microsoft \ Internet Explorer \ Main . Klik 2x pada Search Page dan taipkan URL yang anda ingini (URL Homepage anda)

Untuk membuat 'short cut' URL atau Hyperlink pada Desktop anda perlu klik , tarik dan lepaskan URL tersebut ke Desktop.Sekiranya anda menekan butang kanan dan tarik , anda akan diberi pilihan untuk menyimpan (save) mukasurat tersebut sebagai ' active ' dokumen.

Jangan sekali kali anda Install (tindih semula) program yang lama " keatas " program yang baru.Misal - sekiranya sekarang anda mengguna IE 5 (Internet Explorer 5) jangan Install sekali lagi IE 4 .Ini akan menyebabkan ' HANG".Cara terbaik ialah Uninstall yang baru dan kemudian Install yang lama

Jalan pintas untuk menukar System Security Setting - Klik 2x Task Bar (bawah kanan).

Bila anda meneliti Properties pada My Computer , ianya menerangkan CPU anda secara umum - saperti Genuineintel Processor.Untuk menerangkan keadaan sabenar dengan lebih detail , Edit Registry.- HKEY_LOCAL_MACHINE \ Hardware \ Description \ System \ CentralProcessor \ 0 - dan klik 2x pada VendorIdentifier dan masukkan space diantara Genuine dan Intel (Genuine-Intel)..Buka kembali System pada My Computer dan anda akan dapati ia telah berubah kepada 'x86 Family X Model Y Stepping (Version)Z'.- yang mana X,Y,Z adalah nilai system anda sabenar.

Scandisk digunakan untuk mengesan kerosakan hard disk dan fail anda.Anda hendaklah menggunakannya sekurang kurangnya 1 minggu sekali.
Salepas mengimbas hard disk, anda hendalah menyusun kembali fail anda / program yang berselerak salepas diguna supaya pergerakan komputer anda dapat melakukan aplikasi dengan pantas.Gunakan Disk Defragmenter untuk melakukan kerja ini . - Start \ Program \ Accessories \ System Tool \ dan pilih sama ada Scandisk / Defrag.

Fail / dokumen yang anda padam (delete) tidak terus terpadam dari hard disk anda.Ianya akan tersimpan sementara didalam Recycle Bin.. Recycle Bin dan Temporary File dalam Direktori Window\Temp (yang bertanda *tmp atau ~tmp atau *bak ) hendaklah selalu dikosongkan \ dipadam supaya ruang didalam cakera keras anda bertambah.

Anda hendaklah selalu mencabut socket telefon ke modem bila anda tidak menggunakan komputer dalam jangka masa beberapa hari.Kilat akan cepat menyambar modem anda melalui wayar telefon walau pun anda menggunakan 'surge protector.'

RAM merupakan salah satu diantara faktor yang mempercepatkan proses aplikasi di dalam komputer. Sekiranya komputer anda kekurangan RAM, perisian di dalam komputer akan berjalan atau beroperasi dengan perlahan. Anda perlu tahu cara untuk menggunakan RAM anda dengan sebaik mungkin. Diantara cara untuk menjimatkan RAM anda supaya boleh digunakan oleh program-program yang penting dengan pantas ialah dengan cara membuang segala perisian yang tidak diperlukan yang berada di dalam folder startup. Wallpaper dan Icon yang bertaburan di Desktop juga menggunakan ruang ingatan (memory) yang besar. Cuba setkan kepada none / delete..Untuk menulis surat biasa , gunakan Wordpad . Ms Word hanya digunakan untuk menyediakan kerja kerja yang lebih rumit .Icon yang banyak pada Ms Word juga 'memakan' memori.

Anda boleh mengubah kedudukan Taskbar dengan mengheretkannya keatas , kebawah ketepi kiri atau kanan.Cuba klik dan heret mengikut kegemaran anda.Juga kalau tidak perlu,cuba disable - kerana ianya memakan memori komputer anda

Shortcuts Internert Explorer4/5 - Backspace - Laman sabelum., Ctrl +O - Membuka lokasi (Laman Web/Fail) baru. , Ctrl + N - Membuka browser window baru , Tab / Shift+Tab - Link salepas / sabeelum dalam laman yang sama., F5 - Refresh , F6> - Swis untuk alamat / limks / browser . F11 - Suis on/of full scrreen / normal.

Sekiranya 'boot sector' diserang virus , langkah yang perlu diambil ialah dengan (a) Buang bateri dari papan litar induk (motherboard) (b) Discharge CMOS (rujuk manual - jumper setting) dan (c) Disable Virus Warning

Sekiranya terlupa katakunci (password) untuk menjalankan komputer , tanggalkan bateri dari motherboard atau disable jumper setting (disable CMOS RAM) pada mother board (Rujuk manual).atau cuba tekan (hold) kekunci END dan ON kan komputer untuk reboot..

Sub Folder boleh dibuka dengan pantas tanpa membuka Folder.Klik Window Explorer,Tekan Ctrl dan 2x klik sub folder

Kebanyakan program / Fail yang dipindah terima (download) dari internet,menggunakan program ZIP .Anda mesti mempunyai program WinZip / ZipCentral untuk unzip fail tersebut sabelum disimpan di hard disk.Program zip ini boleh dipindah terima dari internet dengan percuma.

Bila komputer anda kekurangan memory dalam menjalankan sesuatu program,padamkan program yang yang tidak berguna yang beroperasi dibelakang tabir.Untuk mengetahu program yang berjalan dibelakang tabit, Tekan Ctrl + Alt dan tekan Del.Klik program yang ingin dipadam dan tekan End Task.Tinggalkan Explorer dan Systray (jangan dipadam)

Sekiranya anda mempunyai Homepage , kenapa tidak disimpan Back Up fail tersebut di homepage anda?.Ianya lebih selamat daripada floppy disk.Zipkan semua 'back up' fail dan protect dangan password supaya orang lain tidak dapat pindahterima.Upload fail tersebut kehomepage anda.Buatkan link ke fail tersebut untuk anda pindah terima bila anda memerlukannya.Atau anda boleh gunakan file manager untuk download

Anda boleh menukar nama Recycle Bin (Win95) - Start \ Run \ Regedit \ Edit\Find \ dalam petak,taipkan Recycle Bin \ klik - find next \ klik default (kanan)\ Edit \ Modify \ Dalam kotak Edit String taipkan - Bakul Sampah.

Gunakan Spacebar untuk scroll up web page di Internet dan Shift + Spacebar untuk scroll up.
Bila anda install sesuatu program-saperti Office 97,satu directory Mscreate akan terhasil.Sekiranya dir ini terpadam (delete),maka anda tidak boleh Setup / Uninstall program tersebut dikemudian hari kerana Setup/Uninstall akan mencari fail tersebut.

Sekiranya anda menggunakan IExplorer 4 / 5,anda boleh menutup browser window/My Computer atauWin Explorer dengan menekan Ctrl+W

Sekiranya anda ingin membuang URL yang tersimpan dalam Internet Explorer5 bila anda membuka File - Open , anda hendaklah edit Registry saperti berikut: Klik Start \ Run \ taipkan regedit \ OK dan klik tanda + HKEY CURRENT USER \ Software \ Microsoft \ Internet Explorer \ TypedURLs.Anda akan dapati senarai URL disabelah kanan.Klik URL teratas sekali,tekan Shift dan klik URL terbawah sekali dan tekan Delete.Jangan delete Default value.

Bila anda menaip / membuat kerja kerja sementara,ada kalanya anda tidak akan menyimpannya didalam My Document kerana ianya akan membuatkan anda terlupa.Kenapa tidak anda simpan kerja anda itu ditempat yang mudah anda lihat setiap kali anda membuka komputer anda.?.Klik Save As dan bila keluar kekotak save,klik Desktop (sabelah kanan kekotak) dan klik Save.

Windows akan melakukan Scandisk secara automatik sekiranya anda menutup komputer anda dengan cara yang tidak betul.Ini menggangu masa menunggu anda.....Klik Start - Programs - Accesories - System Tool - System Innformation - Tool - System Configuration Utility - General Tab - Advance - dan buang check mark pada "Disable ScanDisk after bad shutdown"

Sekiranya anda mempunyai program EMail saperti Eudora atau Pegasus Mail,anda boleh menghantar EMail dengan pantas . Klik Run - dan taipkan "mailto: EMAILADDRESS". dimana EMAILADDRESS ialah alamat EMail penerima dan tekan OK - Contoh - "mail:to:ali@tm.net.my".Anda juga boleh menghantar EMail melalui DOS.Pada Dos prompt, taipkan "start mailto:ali@tm.net.my" dan tekan Enter.

Malas menaip nama fail yang panjang pada Dos prompt?.Klik Icon Ms Dos prompt dan klik Explorer.Heret fail yang ingin ditaip dari Explorer ke Ms Dos prompt dan lepaskan.....(Begitu juga sub directory / path)

Anda boleh Boot komputer anda ke MENU selain daripada cara biasa.Tekan Ctrl key dan bootkan komputer anda.

Bagaimanakah anda melingungi diri dari Virus saperti Melissa,Worm.ExploreZip and the Love Bug yang menyelinap di dalam attachment EMail yang dihantar.Anda tidak memerlukan apa apa program anti virus untuk menghalangnya .Hanya yang anda perlukan ialah ....don't open attachments sent by people you don't know - Jangan membuka Attachments tersebut sekiranya pengirimnya anda tidak kenali.

Anda boleh menyusun Start Menu Mengikut Alphabet - Klik kanan dan pilih "Sort by name".Anda boleh juga mengubahnya dengan mengedit registry _ 'HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\MenuOrder'. Padamkan 'MenuOrder' key, dan close Registry Editor.

Anda boleh menukar font yang digunakan dalam Explorer dengan Klik desktop / Properties / Appearance dan pilih Icon dalam senarai pilihan dan klik saiznya. Untuk melihat file yang tersembunyi saperti MSDOS.SYS - Klik My Computer / View Menu / Option dan klik 'Show all files' dan klik OK

Anda boleh menyalin Windows98 kedalam HDisk yang baru dengan menyambung kedua dua HDisk tersebut pada ide yang sama.Tukarkan jumper setting HD baru kepada Slave dan yang lama kepada Master.Pada DOS promp,taipkan FORMAT d: /U /S ( d ialah hdisk baru).Kemudian salin semua fail dan folder dari root directory Hdisk lama kepada root directory Hdisk baru.Tentukan fail fail yang tersorok disalin sama terutamanya C:\MSDOS.SYS. (MSDOS.SYS pada hdisk baru diganti dengan MSDOS.SYS lama) Langkah ini hendaklah dijalankan bila opersasi Win98 dihidupkan.Jangan salin swap file ( WIN386.SWP) kerana ia merupakan langkah yang sia sia.

FAKTA YANG KITA TAK TAHU..

Belut elektrik mampu mengeluarkan arus elektrik yang mampu menyalakan 12 buah lampu dan mampu membunuh manusia! Elektrik yang terdapat di tubuh belut ini sebenarnya adalah bertujuan untuk membunuh mangsanya.

Helang mempunyai jarak penglihatan yang terbaik di kalangan haiwan. Helang mampu melihat mangsanya pada jarak sejauh 3 km.

Labah-labah betina akan membunuh dan seterusnya memakan pasangannya (labah-labah jantan) sebaik selesai mengawan.

Burung terbang jauh bagi mengelakkan musim sejuk. Contohnya, burung-burung di kawasan kutub utara (Artik) boleh terbang sejauh lebih kurang 17 500 km menuju ke kutub selatan (Antartika) dan kemudian berpatah balik ke artik setiap kali perubahan musim berlaku . Apa yang menarik ialah mereka tidak pernah tersilap jalan – sesuatu yang masih menajdi fenomena (sesuatu yang mash belum terjawab) tetapi saintis percaya burung-burnug ini mungkin menjadikan medan magnnetik bumi sebagai 'penunjuk arah' mereka.

Nyamuk mengepakkan sayapnya sebanyak 500 kali dalam tempoh satu saat.

Pernahkah anda terfikir, mengapa ular suka 'menjelirkan' lidahnya keluar? Ular menjulur lidahnya keluar dan masuk kerana ingin mengetahui keadaan udara di sekelilingnya. Ular mempunyai sebuah organ di lelangitnya yang boleh menguji udara yang 'terlekat' pada lidahnya.

Haiwan apakah yang paling besar di muka bumi ini? Jawapan dinosaur adalah salah, kerana Ikan Paus Biru yang masih wujud sehingga kini adalah lebih besar dari dinosaur yang paling besar. Paus biru mempunyai berat sebanyak 150 tan atau 150 000 kilogram atau seberat 30 ekor gajah.

'Ikan Paus' bukanlah ikan. Ia adalah mamalia kerana bernafas melalui peparu - sama seperti manusia dan bukan melalui insang seperti ikan-ikan lain.

Paus biru ialah haiwan yang mampu mengeluarkan bunyi yang paling bising sekali. Ia mampu mengeluarkan bunyi yang mampu didengari oleh manusia yang berada sejauh 850 km darinya.

Kura-kura merupakan haiwan yang boleh hidup paling lama - iaitu sekitar 150 tahun. 152 tahun adalah rekod paling lama pernah dicatatkan.

Haiwan mana yang akan menang jika berlumba? Bukan arnab atau kura-kura, sebaliknya sejenis burung layang-layang. Dalam sejam ia mampu terbang sejauh 170 km (halaju 170 km/j). Harimau bintang pula menang dalam kategori haiwan darat terpantas iaitu dalam sejam ia mampu berlari sejauh 105 km. Jadi apabila berjumpa harimau, jangan lari.

Jangan lari jika terserempak harimau kerana ia jauh lebih pantas dari manusia. Jadi apa harus buat? Jangan panjat pokok kerana harimau menyimpan bangkai haiwan buruannya di atas pokok! Tetapi didapati haiwan ini menghadapi kesukaran apabia ingin turun semula ke bawah selepas memanjat pokok.

Sejenis ular 'Rattlesnake' boleh 'melihat' haba - sesuatu yang mustahil bagi manusia kerana kita merasa haba melalui kulit. Kebolehan ini digunakan reptilia ini untuk menangkap haiwan pada waktu malam.

Lawyer…

A Mafia Godfather finds out that his bookkeeper has screwed him for ten million bucks.This bookkeeper is deaf, and it was considered an occupational benefit why he got the job in the first place, since it was assumed that a deaf bookkeeper would not be able to hear anything and never have to testify in court. When the Godfather goes to shakedown the bookkeeper about his missing $10 million bucks, he brings along his attorney, who knows sign language.


The Godfather asks the bookkeeper: "Where is the $10 million bucks you embezzled from me?" The attorney, using sign language, asks the bookkeeper where the money is hidden. The bookkeeper signs back: "I don't know what you are talking about."


The attorney tells the Godfather: "He says he doesn't know what you're talking about." That's when the Godfather pulls out a 9mm pistol, puts it to the bookkeeper's temple, cocks it, and says: "Ask him again!" The attorney signs to the underling: "He'll kill you for sure if you don't tell him!" The bookkeeper signs back: "OK! You win! The money is in a brown briefcase, buried behind the shed in my cousin Enzo's backyard in Queens!"


The Godfather asks the attorney: "Well, what'd he say?"

The attorney replies: "He says you don't have the balls to pull the trigger."


Don't you just love lawyers?

Monday, March 9, 2009

Cuba baca...

Akhirnya tinggal empat ekor Raja
Hishamuddin Rais | Feb 18, 09 4:03pm
Ni cerita yang aku ambik dari malaysia kini.... 

Cerita Satu:
 Permaisuri sedang duduk di dalam kereta kuda yang bergerak pantas. Kaum tani dan orang kampung sedang membawa belantan, kapak dan sabit mengejar kereta kuda itu. Kuda disebat agar memecut lari sepantas mungkin. Kaum tani menghambat kuat. Akhirnya kuda keletihan, kaum tani datang mengepung.

Cerita Dua: Bomoh berjanggut tebal telah mati ditembak di dalam perigi. Di luar rakyat makin berpusu-pusu. Salji semakin turun dengan lebat. Dalam bilik peraduan, Baginda dan Permaisuri sedang memasukkan intan berlian, dinar emas dan dirham perak ke dalam peti besi. Rakyat di luar sedang bersedia menunggu dalam kedinginan salju.

Cerita Tiga: Apabila malam mulai gelap, Baginda dinaikkan ke atas kapal menuju Itali. Beberapa orang juak datang mengekor. Kaki-kaki bodek datang untuk mencium tangan. Tidak ramai yang hadir di pelabuhan. Apabila kapal bergerak, peluit pun tidak dibunyikan. Semuanya senyap.

Cerita Empat: Telepon berwarna merah berdering. Pembantu presiden mengangkat. Presiden menggeleng-menggeleng kepala tidak mahu bercakap. Di hujung talian Raja Segala Raja sedar saat-saat akhirnya telah sampai. Di lapangan terbang, enjin pesawat Boeing 747 telah lama terpasang hanya menunggu untuk terbang.

Cerita satu itu gambaran hari-hari akhir untuk Maria Antoinette permaisuri Perancis yang hingga ke hari ini masih diingati kerana ayat-ayat bodohnya. Apabila kaum tani Perancis kebuluran tanpa makanan dan bangun meminta roti, pemaisuri bangang ini telah berkata: "Kalau tidak ada roti, makanlah kuih".

Setelah ditangkap kerana cuba hendak melarikan diri, si bangang ini telah dibicarakan. Keputusan rakyat - lehernya dipenggal dengan guillotine (alat pemenggal kepala) dalam Revolusi Perancis pada 1793. Sistem feudal beraja dihapus, Perancis bertukar republik.

Cerita dua pula saat-saat apabila Rasputin bomoh kesayangan Czarina Rusia telah dibunuh. Rakyat Rusia telah bangun memberontak menentang sistem feudal Czar di negara itu. Keluarga Ramanov yang korup telah cuba lari and menyorok. Mereka ditawan dan akhirnya dihukum mati dalam Revolusi Bolshevik pada 17 Julai 1918. Sistem feudal dihapuskan, Rusia menjadi republik.

Cerita ketiga, malam akhir Al-Malik Fārūq al-Awwal, raja Mesir yang dinaikkan ke atas kapal oleh presiden Gammal Abdel Naseer. Raja Faruq telah dihantar ke Rom oleh Revolusi Rakyat Mesir pada 1952. Sistem feudal dihapuskan, Mesir bertukar republik.

Cerita keempat pula hari-hari akhir Shah Ahmad Reza Pahlavi Raja Segala Raja. Ahmad Reza telah cuba meminta bantuan dan pertolongan daripada presiden Jimmy Carter. Carter enggan bercakap dengan Ahmad Reza. 

Pembantu Carter mengatakan kepada Ahmad Reza bahawa presiden sedang berehat di kem David dan tidak mahu diganggu. Pada 11 Febuari 1979, Raja Segala Raja yang agung lagi gagah perkasa ini ditendang keluar oleh rakyat Iran. Sistem feudal dihapuskan, Iran pula menjadi sebuah republik.

Inilah contoh-conth berakhirnya sistem feudal apabila Raja, Al-Malik, Shah, Maharaja dan Czar ditendang keluar oleh rakyat. Ada yang dibunuh, dipenggal leher dan ada juga yang dihalau meninggalkan negara.

Sistem feudal adalah sistem ekonomi yang muncul di zaman peralihan tamadun manusia - zaman peralihan dari Zaman Liar ke Zaman Feudal. Sistem feudal ini muncul di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Latin. Malah semua tamadun anak semua bangsa dalam dunia ini telah melalui sistem ini. 

Feudal ialah satu sistem ekonomi di mana yang kuat dijadikan raja dan disembah. Sistem feudal ini bergantung kuat kepada tanah dan hasil ekonomi pertanian. Susuk yang kuat dan mengakui dirinya sebagai raja boleh mengambil, merampas dan merompak tanah-tanah dan hasil tanamam titik peluh kaum tani.

Di zaman ini punca pencarian rakyat hanya dengan bercucuk tanam. Gerombolan yang menamakan diri mereka raja ini telah merompak dan menyamun tanah dan hasil tanaman kaum tani sebagai cara untuk terus mengumpulkan harta kekayaan. 

Dengan harta kekayaan, mereka mendirikan kota-kota dan istana. Dengan harta kekayaan mereka membesarkan bala tentera, pahlawan dan panglima. Dengan bala tentera, mereka dilihat berkuasa.

Untuk mengukuhkan kuasa, pada awalnya telah dimunculkan mitos dan cerita-cerita karut lagi marut untuk menakut-nakutkan rakyat. Ada cerita pedang azimat Raja Arthur, cerita rambut dibelah tujuh helai, cerita keris berasap, cerita geliga naga disimpan dalam istana dan pelbagai cerita karut untuk memastikan bahawa mereka ini dilihat oleh kaum tani memiliki daulat dan kuasa. 

Malah Raja Jepun dengan bodohnya mengakui bahawa dirinya sendiri adalah wakil Tuhan di muka bumi.

Sistem feudal menghadapi persaingan apabila struktur agama muncul. Struktur agama yang menjadi kuasa baru mula mengancam kuasa feudal. Dengan licik sistem ekonomi feudal telah bersekongkol dengan kaum agama untuk terus menipu kaum tani. Ini berlaku beratus-ratus tahun di Eropah, Timur Tengah, China dan India. 

Dengan kerjasama ini - kaum feudal dan kaum agama - telah berkenduri-kendara sama-sama memperbodohkan dan menakut-nakukan kaum tani. Kaum tani dibodohkan dan dimiskinkan kerana tanah dan tanamam mereka dirampas. Kaum agama menakut-nakutkan kaum tani dengan api neraka. Kaum agama mengeluarkan fatwa menghalalkan sesiapa sahaja untuk dibunuh jika mereka ingkar terhadap kaum feudal.

Penipuan ini berjalan beratus-ratus tahun hingga sampai ke Zaman Pencerahan. Di Zaman Pencerahan telah muncul idea dan pemikiran rasional yang berjejak di atas bumi. Ilmu pengetahuan yang dimunculkan di Zaman Pencerahan telah memberi kekuatan baru kepada pemikir dan ahli falsafah.

Buku-buku dan kitab-kitab falsafah yang membawa idea rasional mula tersebar luas. Idea bahawa manusia ini sama di mata Yang Maha Esa telah mula sampai kepada kaum tani. Melalui pandangan rasional, kaum tani tidak lagi berasa gerun apabila melihat muka raja atau muka kaum agama. Mitos dan cerita karut-marut telah dikoyak-rabakkan oleh pemikiran rasional.

Idea yang dibawa pada Zaman Pencerahan bertokok tambah. Ilmu pengetahuan berkembang. Ilmu sains, ilmu alam, ilmu bumi dan bintang maju dari tahun ke tahun. Ilmu pengetahuan ini membawa kemunculan satu kumpulan baru muncul – kaum Peniaga. Kaum peniaga membuktikan bahawa harta dan kekayaan bukan hanya datang dari hasil tanah dan bercucuk tanam tetapi daripada urusan perniagaan.

Dengan ilmu sains dan pengetahun, kaum peniaga mula mendirikan kilang-kilang. Kilang-kilang ini memerlukan kaum buruh untuk membanting tulang. Kaum tani mula meninggalkan tanah untuk bekerja di kilang-kilang. Tetapi kaum peniaga juga tidak jauh ganasnya daripada kaum feudal dalam hal menindas dan memerah tenaga kaum buruh untuk mendapat harta kekayaan.

Idea dan falsafah di Zaman Pencerahan terus berkembang. Ahli fikir dan ahli falsafah terus mengajukan idea-idea baru yang mendapat sambutan daripada kaum buruh dan kaum tani. Maka hasilnya berlakulah Revolusi Perancis pada 1789, berlaku Revolusi Amerika pada 1776. Berlakulah Revolusi Bolshevik pada 1917.

Semua revolusi ini telah menumpaskan sistem feudal dan membawa mara tamadun anak semua bangsa ke era pencerahan. Pencerahan berjaya membuka mata kaum tani dan kaum buruh untuk melihat bahawa kekayan kaum feudal, kaum agama dan kaum peniaga adalah hasil daripada rompakan tenaga kerja mereka.

Epilog: Satu malam di kota Rom, Faroq sedang berpoya-poya bermain daun terup. Faroq dikelililingi oleh gundek-gundek Kavita dan Kaur. Mereka sedang bersantai minum-minum champagne. Kavita dan Kaur gundek Faroq telah bertanya, apakah dia akan pulang ke Mesir untuk menjadi raja kembali.

Ini jawapan Al-Malik Fārūq al-Awwal: "Akhirnya dalam dunia ini akan tinggal empat ekor raja sahaja. Raja Diamond, Raja Spade, Raja Kelawar dan Raja Lekuk."

kisah sekor anak ikan.

kisah sekor anak ikan.
Kisah seekor anak ikan Ceritanya mengisahkan seekor anak ikan dan ibunya yang sedangberenang-renang di lautan dalam. Ibu ikan sedang mengajar anak kesayangannya akan erti kehidupan dan realiti yang mereka hadapi. Anak ikan ini bertanya, "Apa banyakkah perkara yang anakanda tidak ketahui wahai ibu?".Ibu ikan ini pun berkata, "Duhai anakku yang ku kasihi, sesungguhnyaterdapat suatu perkara yang amat penting yang ibu inginsampaikan...ajaran ini telah disampaikan oleh bijak pandai ikan yang terulung sejak zaman berzaman, telah disebarkan kepada seluruh warga alam air ini dan ibu harap anakanda juga ambil berat apa yang ingin ibu katakan.... 

Suatu hari nanti, anakanda akan beruji dengan godaan-godaanyang mengelirukan akal... akan anakanda jumpa cacing yang sungguh enaksedang dicucuk oleh mata kail dan diikat pada tali yang tidak nampakoleh mata kasar. Cacing itu kelihatan sungguh mengiurkan, sungguh lazat sehinggakan anakanda tidak terfikir akan apapun kecuali utk menikmati juadah yang enak itu... tetapi anakanda kena ingat itu hanyalah muslihat manusia, mengumpan anakanda ke alam lain yang penuh sengsara."

"Alam apa itu ibu?""Jika anakanda terjerumus ke perangkap manusia itu.. leher anakanda akan disentap oleh besi yang bercangkuk tajam dan akananda akan merasakesakitan di mulut anakanda. Kemudian, mereka akan tarik anakanda kearah sesuatu yang menyilau pandangan sehingga anakanda rasa anakanda akan buta... anakanda akan di campak umpama sampah di perut perahu mereka dan anakanda akan berasa sesak kerana anakanda bukan lagi dikelilingi oleh air tetapi udara...Kemudian mereka akan membawa anakanda ke pasar, mereka letakkan harga..ada manusia yang datang dan mencocok-cocok badan anakanda sebelum ada yang membawa anakanda ke rumah mereka. Siksaan mereka belum selesai...manusia itu akan mengelar- ngelar anakanda, menghiris daging dan meletakkan garam dan .. pedihnya ibu tak dapat bayangkan dan ceritakan..", sambil si ibu tunduk sayu dan ketakutan.

"Setelah dikelar-kelar... anakanda akan melihat minyak yang panas mengelegak, sehingga percikannya bisa meleburkan kulit anakanda yang halus itu... manusia kemudiannya akan menurunkan anakanda ke dalam minyak yang panas itu sehingga segala daging dan kulit anakanda melecurdan bertukar warna... Akhirnya.. anakanda akan dilapah, dimamah dan dikunyah oleh gigi-gigi manusia yang tidak mengenal erti belas kasihanitu... Semua siksaan itu berpunca dari godaan yang sedikit... ibu berpesan agar anakanda ingat dan berhati-hati di laut lepas tu...

"Si anak..hanya mengangguk-anggukkan kepalanya... dalam hatinya masih tidak yakin..kerana belum pernah ketemu cacing yang sebegitu... Suatu hari.. setelah di anak ini remaja..dan bersiar-siar dengan kawan-kawannya.. mereka terlihat seekor cacing yang amat besar, tampak lazat berseri-seri... semua ikan-kan itu telah mendengar cerita dariorang tua masing-masing.. cuma baru sekarang melihatnya dengan mata kasar sendiri.. masing- masing menolak satu sama lain.. dan mencabar-cabar agar pergi menjamah juadah itu.. akhirnya si anak yang tidak yakin dengan cerita ibunya tadi berkata," Ahhhh...masakan benar kata-kata ibuku.... makanan selazat ini tidakakan mendatangkan apa-apa kecuali kenyang perutku. Ini habuanku....", terlintas nafsu yang dtg menggoda... lalu.. setelah si anak itu mengangakan mulutnya luas-luas dan dengan rakusnya membaham cacing itu... mulut dan tekaknya terasa kesakitan yang amat sangat.. Ssetelah puas cuba melepaskan diri.. si anak tadi berasa kesal dan sedih dlmdirinya.. kerana dia tahu...apa yang ibu katakan memang benar...

Cuma segalanya sudah terlambat..hanya kerana nafsu

Suami Yang Hodoh Dan Isteri Yang Cantik

Suatu ketika Imran Ibn Hiththan masuk menemui isterinya. (dan Allah mentakdirkan Imran ini menjadi seorang secara paras rupa tidak menarik. Wajahnya biasa-biasa saja, untuk tidak mengatakan hodoh- sementara tubuhnya pendek. 

Sedangkan isterinya adalah seorang wanita yang cantik rupawan dan tinggi lampai). Ketika ia masuk menjumpai isterinya, sang isteri sedang berhias. Imran tak dapat menguasai dirinya.....ia tertegun memandang sang isteri. 

Sang isteri bertanya , "Ada apa dengan mu....??" "Demi Allah engkau semakin cantik saja setelah berhias," jawab Imran Maka sang isteri berkata, " Janganlah khuatir....sebab engkau dan aku akan masuk syurga." Tak terkira betapa gembiranya Imran Ibn Hiththan mendengar ucapan sang isteri. 

Tetapi.... "Dari mana engkau mengetahui hal itu.?" tanya Imran "Kerana engkau telah dikurniakan isteri seperti diriku lalu engkau bersyukur, dan aku dicuba dengan suami sepertimu, lalu aku bersabar. Dan orang yang bersyukur dan yang bersabar akan masuk syurga" (ibnaty Al-Habibah, hal 22)

Wednesday, March 4, 2009

template

baru jumpa.. nak try tempalate baru...
heheh

http://templates.99computercity.com/search/label/Templates%20Classic

doa-doa

Ni dapat dari blog orang.... leh dikongsi...

Di sini saya ingin berkongsi doa-doa yang diajar oleh Nabi SAW sekitar tentang sakit dan penyakit. Harap kalau kita jumpa sahabat-sahabat kita yang sedang menghadapi sakit, kita sama-sama doakan dan amalkan. Hidupkan sunnah nabi dalam hidup kita.



Doa kesihatan diri
Allaahumma ‘aafinii fii badanii, Allaahumma ‘aafinii fi sam’I, Allaahumma ‘aafinii fii bashari. Allaahumma innii ‘auudzubika minal kufri wal faqri. Allaahumma innii ‘auudzubika min ‘azaabil qabri. Laa ilaaha illaa anta.

Ertinya :
“Ya Allah, sembuhkanlah badanku. Ya Allah, sembuhkanlah pendengaranku. Ya Allah, sembuhkanlah penglihatanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berllindung kepadaMu dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sisa kubur. Tiada Tuhan selain Engkau”
(H.R. Abu Daud dan Al Hakim)



Doa sakit badan

Bismillaah (3x)
A ‘uudzu billaahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadiru. Wa a’uudzu bi’izzatillaahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhaadiru (7x)

Ertinya :
“Dengan nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang aku rasakan dan kutakuti. Dan aku berlindung dengan kekuatan kekuasaan Allah dari kejelekan yang aku rasakan dan kuatirkan”
(H.R. Muslim dan Malik)


Doa Nabi Ayyub A.S

Innii massaniidhdhurru wa anta arhamurraahimin, wa annii massaniisysyaithaanu bi nushbin wa ‘adzaabin

Ertinya :
“(Ya Allah), sesungguhnya penyakit telah menimpaku, sedangkan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara para penyayang. (Ya Allah), sesungguhnya setan telah menggangguku dengan kepayahan dan siksaan”
(Q.S Al Anbiya’, 21:83 dan Shaad, 38:41)



Doa luka atau penyakit bernanah

Bismillaahi turbatu ardhina biriiqati ba’dhiinaa yasyfi saqiimunaa biidzni rabbinaa

Ertinya :
“Dengan nama Allah, dengan debu-debu tanah (yang kami ambil ini) dan kain pembersih luka yang kami miliki, sembuh penyakit kami ini dengan izin Tuhan kami”
(H.R. Muslim)


Doa penyakit demam

Bismillaahil kabiir, na’uudzu billaahil ‘azhim min syarri kulli ‘irqin naa’arin wa min syarri harrinaar

Ertinya :
“Dengan nama Allah Yang Maha Besar, kami berlindung kepada Allah Yang Maha Agung dari kejahatan seluruh urat yang kecapaian dan dari kejahatan api neraka yang sangat panas”
(H.R. Hakim)


Doa ketika sakit bengkak

Allaahumma mushaghghiral kabiir wa mukabbirashshaghiir, maabi

ertinya :
“Ya Allah yang mengecilkan segala yang besar dan membesarkan segala yang kecil, kecilkanlah apa yang ada padaku ini”
(H.R. Al Hakim)


Doa mohon bertambah sihat

Yaa Hayyun yaa Qayyun birahmatika istaghiitsu, ashlih lii sya’nii kullahu wa laa takilnii ilaa nafsi tharfata ‘ainii wa laa ilaa ahadin minan naas

Ertinya :
“Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Kekal, hanya dengan kasihMu aku bermohon pertolongan. Sehatkanlah seluruh kondisiku, jangan Engkau biarkan mata ini menangis, dan jangan Engkau biarkan aku bergantung kepada siapapun”
(H.R. Ath Tabrani)


Doa makan ubat

Bismillaahi asysyaafi, bismillaahi al kaafii, bismillaahi al mu’aafi. Bismillaahi alladzii laa yadhurru ma’asmihi syaiun fii al ardhi wa laa fii as samaai wa huwa as samii’ul ‘aliim

Ertinya :
“Dengan nama Allah Yang Maha Menyembuhkan, dengan nama Allah Yang Maha Mencukupi, dan dengan nama Allah Yang Maha Memaafkan. Dengan nama Allah yang tidak akan memberi mudharat sedikitpun, baik yang di bumi maupun yang di langit. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Doa penyakit mata

Allaahumma matti’nii bi basharii waj’alhul waaritsa minnii wa arinii fil ‘aduwwi tsa’rii wan-shurnii ‘alaa man zhalamanii

Ertinya:
“Ya Allah, berilah aku kenyamanan dengan penglihatanku ini dan jadikanlah hal serupa kepada ahli warisku. Berikanlah pembalasan kepada orang yang memusuhiku dan menangkanlah aku atas orang yang berbuat zhalim”
(H.R. Al Hakim)


Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'"
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., Shahih Muslim no. 2733)


Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh"
(Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar,"Sanadnya shahih")