Tuesday, April 7, 2009

10 jenis solat yang tak diterima oleh Allah

10 jenis solat yang tak diterima oleh Allah

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10.Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

"Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.

"Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."--

"Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku adalah kerana Allah Tuhan Semesta Alam"


SEIRING dengan perkembangan kemajuan negara, masyarakat Malaysia jugasemakin mengambil berat dalam soal penjagaan kesihatan dan kebersihandiri.Limpahan produk di pasaran boleh dikatakan lebih daripada mencukupi.Apayang menarik perhatian untuk kongsi di sini ialah berhubungpenggunaan putik kapas (cotton bud) sebagai alat untuk membersihkan telinga.

Berdasarkan pengalaman mengendalikan klinik telinga, hidung dan tekak,masalah pesakit yang datang dengan kurang deria dengar boleh dikatakanada setiap hari.Mereka terdiri daripada yang berusia seawal baru lahir sehingga warga emas, punca yang pelbagai juga dikesan menjadi sebab berlakunya masalahini.Salah satu punca yang boleh diatasi dan didapati kerap berlaku dikalangan pesakit kurang dengar ialah masalah saluran telinga luar yangtersumbat dengan 'tahi telinga' atau lebih tepat lagi lilin telinga (earwax) yang telah mampat.

Melalui soal selidik yang dijalankan, majoriti jika tidak kesemuadaripada mereka mengakui menggunakan putik kapas secara rutin danberterusan.Mereka atau kita juga mungkin beranggapan putik kapas yang digunakanakan dapat membersihkan saluran telinga daripada lilin telinga yangterhasil secara fisiologi.

Di sinilah timbulnya kesilapan. Putik kapas yang digunakan sebenarnyamenolak lilin telinga masuk lebih ke dalam dan hanya sedikit yangmelekat padanya dan dikeluarkan. Sedangkan, saluran telinga kita telah dicipta lengkap dengan mekanismererambut halus yang berfungsi dalam gerakan ke arah keluar telinga bagimengeluarkan lilin yang berlebihan.Penggunaan putik kapas dalam gerakan ke dalam yang melawan arusfisiologi akan menyebabkan kegagalan fungsi normal ini dan seterusnyamenyebabkan sedikit demi sedikit lilin telinga akan tertolak semakin kedalam, termampat ke arah gegendang telinga dan seterusnya mengganggukonduksi bunyi dari punca rangsangan. Keadaan ini disebut gangguanpendengaran jenis konduktif (conductive hearing loss).Satu lagi masalah yang timbul daripada penggunaan putik kapas ialah adakemungkinan bahagian kapasnya tertanggal dan tertinggal di dalam salurantelinga. Ini juga akan mengganggu pendengaran.

Jika terbiar lama akanmengundang jangkitan kuman pula.Selaras dengan slogan 'mencegah lebih baik daripada merawat', marilahsama-sama kita menjaga kebersihan dan kesihatan diri dengan mendalamiilmu yang sahih daripada autoriti yang tepat.Kita telah dicipta dengan sebaik-baik keadaan dan sifat, justeru menjaditanggungjawab kitalah untuk menjaganya dengan selamat.

No comments: