Friday, February 27, 2009

Mari kita amalkan...

Marilah Kita amalkan

  1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi.
  2. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  3. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya..
  4. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  5. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran
  6. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  7. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  8. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  9. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
  10. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  11. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
  12. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  13. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
  14. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
  15. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
  16. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
  17. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
  18. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
  19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
  20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
  21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
  22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
  24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
  25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
  26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
  27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
  28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
  29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
  30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari
  31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
  32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
  33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
  34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat.. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
  36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
  37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
  38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
  39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
  40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
  41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
  42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
  43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
  44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
  45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud
  46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
  47. Beri salam hingga tiga kali sahaja.. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
  48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
  49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
  50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Thursday, February 26, 2009

10 Penawar Ketenangan Jiwa

1. Hentikan kebimbangan dan kerisauan kerana perasaan itu boleh membunuh

2. Mulakan hari anda dengan bersolat. Ia akan memelihara kesejahteraan jiwa anda

3. Kawal selera makan anda. Makan berlebihan boleh membantutkan perkembangan tubuh dan minda anda

4. Terimalah kelemahan anda

5. Kikiskan perasaan hasad dengki anda. Ia hanya membuang masa dan tenaga

6. Berilah kepercayaan kepada orang-orang di sekeliling anda. Perilaku sinis akan hanya mendatangkan kesan buruk ke atas.

7. Carilah satu hobi untuk mengisi masa lapang. Ia akan menenangkan fikiran anda

8. Baca sebuah buku pada setiap minggu bagi meransangkan daya imaginasi serta memperluaskan pandangan anda

9. Gunakan beberapa ketika untuk bersendirian bagi mencari ketenangan dan ketenteraman jiwa

10. Cuba hargai apa yang anda miliki daripada menghabiskan tenaga untuk cuba mendapatkan apa yang anda inginkan

Beribadat tanda syukur kepada Allah

KETIKA Rasulullah s.a.w mengembala kambing, tidak jauh darinya ada sekumpulan remaja sedang lepak, berborak dan ketawa.

Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah:
“Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana tu?”


Rasulullah dengan tegas menjawab: “Saya diciptakan bukan untuk itu.”Jawapan Rasulullah itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan, malah kadangkala ia diperlukan. Tetapi hiburan hingga melalaikan itu yang merosakkan.

Di sebalik jawapan Nabi yang agung itu, ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadat kepada Allah.

Kadang-kadang ada yang lepak hingga lupa menunaikan solat. Mereka yang bermain bola pada waktu petang di padang tidak malu lagi dengan azan yang berkumandang. Sudahlah dengar azan, padang bola pula bersebelahan dengan masjid.

Haiwan ternakan seperti kambing, lembu pun sudah balik ke kandang tapi sesetengah kita kadangkala masih asyik berborak dan bergelak ketawa di tepi selekoh. Inilah yang dilarang Nabi.

Waktu bekerja ada, waktu rehat ada, masa tidur ada, masa makan ada, masa main ada, tetapi sayang waktu ibadat tidak dimasukkan di dalam jadual.

Kadang-kadang ada remaja bertanya, kenapa perlu beribadat? Sibuk. Kalau sempat buatlah, kalau tidak sempat qada saja.

Dalam ruangan kali ini, saya hendak mengajak adik remaja memahami kenapa dan alasan kenapa kita mesti beribadat.

Di sana ada enam alasan kenapa kita mesti mengabdikan diri kepada Allah. Jika kita memahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau bagaimana sibuk pun kita.

Pertama, tujuan kita dicipta Allah ialah supaya kita beribadat kepada-Nya. Firman Allah dalam al-Quran (Qs 51:56) yang bermaksud: “Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaku.”Jika tugas lain kita boleh ingat dan prihatin, maka tugas ibadat lebih utama lagi.

Kedua, kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya atas nikmat yang terlalu banyak. Tidak mampu kita menghitungnya. Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma pula, sedangkan zaman sekarang tidak ada percuma, semuanya kena bayar.Bil elektrik hujung bulan, bil telefon dan jika tidak dibayar kena potong. Kita dapat jantung percuma, paru-paru percuma dan kalau kena bayar pasti hujung bulan malaikat bawa bil, tidak bayar kena potong. Kita yang tak beribadat ini matilah.

Ketiga, wajib beribadat sebab kita sudah berjanji di alam roh. Firman Allah (QS 7;172) mengingatkan kita maksudnya: “... ketika Allah berfirman bukankah Aku ini Tuhanmu. Mereka menjawab bahkan betul.”

Keempat, kita wajib beribadat sebab antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan thaghut (kejahatan). Jika Nabi yang sangat rapat dengan Allah pun tidak terlepas beribadat, apa lagi kita.Firman Allah (QS 16: 36) bermaksud: “...dan sesungguhnya kami mengutus setiap umat itu rasul untuk menyeru sembahlah Allah dan jauhilah thaghut.”

Kelima, kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa. Allah yang mengatur kehidupan kita kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerja lain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain..

Keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikan menanti kita di akhirat. Allah amat murka kepada orang yang derhaka pada-Nya. Al-Quran menyebut bagaimana orang yang mengikut Nabi membuat pengakuan.Ini terbukti dalam firman Allah (QS 6:15) maksudnya: “Sesungguhnya aku amat takut kepada azab hari kiamat jika menderhakai Tuhan.”

BETAPA PENTINGNYA SOLAT ISTIKHARAH DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja. Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa: “Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran. Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah. Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal. Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini. Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan. Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;
• Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

• Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”

• Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

• Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

• Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu). Terjemahan Doa’ : Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari) Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua. Wallah hu ‘alam

Siapa Yang Paling Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat Rajin belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari Seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku paling malas.

Katanya : “saya adalah yang paling malas”

Raja pun bertanya : “apa tahap malas awak?”

Lalu jawab lelaki tersebut :”kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya”.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi dari dia tuanku”.

Tuanku pun bertanya kepadanya : “sampai mana pulak tahap malas awak?”

Maka jawabnya : “Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.

Maka raja pun terdiam?

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata:
“Saya lah yang paling malas tuanku”.

Raja pun bertanya, : “bagaimana pula tahap kemalasan awak?”

budak itu pun menjawab : “Nak cite pun malas”.

Lawak Seram

Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari dari kerja pada pukul 2 pagi.
Tayar motor pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong.
Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas. Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempun sebuah perkuburan cinta. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil membuat lawak.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula menegak.Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur.Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur.
"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja. Esok siang buat la," kata si Dol marah.
"Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis," kata apek tersebut.

Monday, February 23, 2009

jom gi masjid


ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .' Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.Subhanallah. ..Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.Allahu Akhbar!

TRY 100PLUS & WATER - NOT PANADOL!!!

DON'T TAKE PANADOL AND PANADOL ACTI FAST AND PANADOL SOLUBLEespecially if you have gastric problems FYI...

One real story from a friend....My husband was working in a hospital as an IT engineer, as the hospital is planning to set up a database of its patient. And he knows some of the doctors quite well.The doctors used to tell him that whenever they have a headache, they are not willing to take PANADOL (PARACETMOL). In fact,they will turn to Chinese Herbal Medicine or find other alternatives.This is because Panadol is toxic to the body, and it harms the liver. According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years. And according to the doctor, there used to be an incident where an air stewardess consumes a lot of panadol during her menstrual as she needs to stand all the time. She's now in her early 30's, and she needs to wash her kidney (DIALYSIS) every month.As said by the doctor that whenever we have a headache, that's because it is due to the electron/Ion imbalance in the brain.

As an alternative solution to cope with this matter, they suggested that we buy 1 or 2 cans of isotonic drink ( eg.100PLUS), and mix it with drinking water according to a ratio of 1:1 or 1:2 (simply, it means one cup 100plus, one cup water.or 2 cups water).Me and my husband have tried this on several occasions, and it seems to work well.Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it bring the blood pressure down from your throbbing head.
As Panadol is a pain killer, the more Panadol you take, the lesser would be your threshold for pain (your endurance level for pain).We all will fall ill as we aged, for woman, we would need to go through childbirth. Imagine that we had spent our entire life popping quite a substantial amount of Panadol (Pain Killer) when you need to have a surgery or operation, you will need a much more amount of general anesthetic to numb your surgical pain than the average person who seldom or rarely takes Panadol .. If you have a very high intake of Panadol throughout your life (Migraine, Menstrual cramps) it is very likely that normal general anesthetic will have no effects on you as your body is pumpedfull with panadol and your body is so used to pain killer that you would need a much stronger pain killer, Morphine??Value your life,

THINK b4 you easily pop that familiar pill into your mouth again. Please send this to people you care about.

Tuesday, February 17, 2009

refresh your self

Bagi Anda yang dah biasa guna laptop atau komputer, sudah pasti tahu apa fungsi refresh di bahagian desktop. Klik kanan mouse, akan keluar satu command box.

Klik refresh supaya komputer jadi sedikit ’segar’. Kekadang ada orang refresh sampai 10 kali.

Asyik merefresh aje kerjanya. Kita pun kena camtu. Kena refresh diri selalu supaya dapat bergerak dengan lebih lancar lagi.

Waktu pagi, kita jadi bersemangat. Masuk aje jam 10 pagi, dah start mengantuk, dah mula lemah longlai.Lepas waktu makan tengahari, macam nak tidur saja bila dah kekenyangan!

Tak dapat buat satu apa kerja. Malas jadinya. Bagaimana nak mengatasi masalah ni?
Caranya, kita kena refresh diri kita, macam kita refresh komputer kita tu. Biar kita juga rasa segar dari yang sebelumnya.

Untuk nak merefresh diri, ambil nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan 7 saat, kemudian lepas perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat. Ulang sebanyak 3-5 kali.

Anda akan rasa pening-pening sedikit selepas tu.

Kesannya, Anda rasa lebih segar. Mengantuk, boring, malas dan jemu, semua hilang.

Anda jadi, tenang, relaks sejurus selepas itu. Jika Anda berada dalam situasi sibuk, teknik ini akan membuat Anda tenang ketika memfokus pada apa yang Anda lakukan.

Ataupun, Anda boleh bayangkan seperti Anda mengklik butang ‘refresh’ di skrin komputer depan mata Anda, serta merta Anda bertenaga semula. Anda membayangkan ada cas elektrik kaler biru muncul di atas kepala Anda, menjalar ke seluruh badan hingga ke hujung kaki lalu hilang. Ia membuat Anda rasa ‘fresh’.

Gunakan mana-mana teknik yang Anda rasa sesuai dengan Anda, sama ada teknik pernafasan atau teknik imaginasi, seolah-olah ada skrin di depan mata Anda yang memaparkan butang refresh, sebijik macam kat dalam komputer.

Merefresh selalu membuat Anda berada mood bermotivasi, tak le kurang bersemangat, asyik keboringan, lemah longlai atau asyik mengantuk saja.

Berapa Harga Isteri Anda..???

Mulianya seorang isteri disisi Allah...Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteriini pada keluarga, suami dan anak-anakRugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isterimereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka.......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerjadengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyangtetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak..Cuti ini bukan cuti suka hatitapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami,Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee,Jangan buat alasan itu dan ini pulak..ingat tu si isteri yee!!!Kata nak pahala lebih.Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habisnyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapiAllah beri kelonggaran siksa kubur.Untuk peringatan semua wanita yang bersuamiseluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahalatetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.Diakhirat nanti seorang wanita solehah akanterperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjidatau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titianSirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepadasuami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahanisteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncungterhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dandiluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididikdia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariatAllah agar tidak derhaka denganNya.Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapakkaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampirkepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankanwanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,She was not created from his head to top him,Nor from his feet to be stepped upon,She was made from his side to be close to him,From beneath his arm to be protected by him,Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...ku tak layak ke syurgamu .namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah inidi sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"Marilah kita ucapkan kalimah ini:"Laa ilaaha illallah!" x 10

WALAUPUN HIDUP SERIBU TAHUN KALAU TAK SEMBANYANG APA GUNANYA

Detik demi detik , malam dan siang silih berganti, umur semakin berkurangan yang disangka berpanjangan .Solat sebagai tiang agama dengan mudah diremehkan . Dosa meninggalkannya disangka ringan .Ancaman kepada muslim yang meninggalkan solat amat berat . Namun kita sering terlepas pandang . Sebelum kita beralasan untuk tidak bersolat molek kiranya perhatikan dalil - dalilnya dengan mata hati ;[H.R. Al Bukhari]

“(Batas) antara hamba dan kekufuran adalah meninggalkan solat.” [H.R. At-Tirmidzi dan Abu Daud]

“(Batas) antara seseorang dan kemusyrikan adalah meninggalkan solat.” [H.R. Muslim]

“Ikatan antara mereka dan kita adalah solat, barangsiapa meninggalkannya maka ia telah kafir.” [H.R. At-Tirmidzi dan Nasa’i ]

“ Para sahabat Rasulullah s.a.w. tidak pernah menilai suatu amalan yang ditinggalkan sbg kekufuran kecuali solat.” [H.R. At-Tirmidzi]

“Barangsiapa meniggalkan solat Asar, maka amalnya menjadi batal (tertolak).” [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

“…..sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar…” [Surah Al-Ankabut:45]

“….. dan apabila mereka (munafik) melaksanakan solat maka mereka melaksanakan dengan malas….” [Surah An-Nisa’:142]

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, iaitu orang-orang yang melupakan/lalai dari solat mereka.” [Surah Al-Maa’un:4-5]

Abdullah bin Mas’ud berkata:“Sesungguhnya aku mengamati (masyarakat) kami bahawa tidak seorang pun yang meninggalkan solat kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafikannya.” [H.R. Muslim]

Rasulullah s.a.w. bersabda:“Tetap teguhlah kamu, jangan bergeser, dan ketahuilah amalmu yang terbaik adalah solat, dan tidaklah akan memelihara wuduk kecuali orang beriman.” [H.R. Malik]

“Saat terdekat bagi seorang hamba kepada Tuhan-nya adalah pada saat dia bersujud.” [H.R. Muslim]Nah !

apakah masih ada ruang untuk kita mengambil mudah tentang solat ? sebahagian daripada kita cepat ' merah telinga ' apabila diajak sembahyang .Mulut cepat melafazkan perasaan tidak puas hati kepada orang yang mempelawa kita solat kenapa agaknya ? Hati tercabar dan berasa marah , sering berpusing - pusing mencari alasan untuk menolak pelawaan. Sedang solat adalah kewajipan bagi setiap muslim .Ini semua adalah kerana hasutan iblis dan syaitan yang mahu manusia muslim terus sesat didalam terang .Sebaliknya pula apabila diajak atau dipelawa perkara lain hati kita terbuka malah jauh dari perasaan marah. Sebagai contoh jika seseorang mengajak kita untuk makan tengahari . Apakah kita akan marah kepadanya . Walhal makan adalah perkara harus didalam agama.Untuk renungan bersama , solat adalah makanan rohani manakala juadah hidangan yang kita jamah itu pula keperluan jasmani .Kedua - duanya penting tetapi yang membezakan adalah bagaiman kita memahami keutamaannya.Sidang pembaca sekalian biar sebesar mana pangkat kita , sehebat mana pun perjuangan kita jika solat diabaikan bermakna kita masih kurang akal. Yang membezakan kita dengan kafir adalah solat . Jika kehidupan kita hanyalah keluar pagi pulang malam . Dan terus terusan jadual kehidupan berulang tanpa perubahan itu tanda bahaya terhadap iman kita !Benarlah bait - bait lirik nasyid popular suatu masa dahulu ."

."Fikir - fikirkanlah .....

Tips Mengurangkan Tekanan Kerja

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah.
Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja.
Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada Allah Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 5) Bersangka baik dengan Allah Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh. 7) Amal diet dengan disiplin yang kuat Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis. Menangis dengan sepuas hati Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. " Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai kebolehan diri sendiri Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 10) Cintai diri sendiri "Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Monday, February 16, 2009

Rahsia Di Dalam Ais


"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.


Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi denganunsur-unsur yang panas.

Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Friday, February 13, 2009

Bina Peribadi di waktu Makan


Bina Peribadi di waktu Makan

Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk
membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua


"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan
begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau
kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."


2. Baca bismillah dan guna tangan kanan

"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan
kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang
banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."


3. Ambil lauk terdekat dulu

"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa?
Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa,
itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.
"Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia
tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.

Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita.
Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya..."


4. Kawal suapan

"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan,
baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau
lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."
Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah
perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh."

sajak budak afrika

The best poem of 2006

This poem was nominated by UN as the best poem of 2006,

Written by an African Kid


When I born, I black
When I grow up, I black
When I go in Sun, I black
When I scared, I black
When I sick, I black
And when I die, I still black


And you white fellow
When you born, you pink
When you grow up, you white
When you go in sun, you red
When you cold, you blue
When you scared, you yellow
When you sick, you green
And when you die, you gray

And you calling me colored?

10 Kebaikan Coke...Cubalah! !!

Cubalah terai dan buktikan secara saintifik.

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?


Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti Termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh!
Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

*****************
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, Kot-kot gigi tu bleh hilang!
kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnyakimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala!
Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti
berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.

Kenapa Org Melayu Makan dengan Tangan

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu
satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya.
Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.
Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula
menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka
amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya
dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan
mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di
Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri
pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam
bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri
satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu
jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba
bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan
orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba
menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin
itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?
Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang
lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga
sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
sayaseorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain,
sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat
Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing
mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut....



Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang
lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya
kenapa mereka berbuat begitu..

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )


Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"


Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu alloohu akbar(3 x )

Rahsia Jerawat.... boleh pakai kot

JANGAN AMBIL MUDAH, TAPI FIKIR-FIKIRKANLAH ???.

Kedudukan jerawat dan info

DAHI
Haba bad an melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan bad an, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : P upuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Insafi Diri Jagai Peribadi..

Manusia hari ini suka bersangka-sangka

Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang yang relax disangka malas

Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk

Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sikit disangka diet

Orang baik disangka buruk

Orang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejek

Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat

Orang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka pakai susuk

Orang nampak ceria disangka membela

..........

mana tahu yang diam itu kerana

berzikir kepada Allah

mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

mana tahu yang masam itu kerana

mengenangkan dosa

mana tahu yang menawan itu kerana

bersih hati dan mindanya

mana tahu yang ceria itu kerana

cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah

seperti musnahnya kayu dimakan api..

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.

semuanya bergantung bagaimana kita
melihatnya.. .

Renungan....

A Small Story...

A boy and a girl were playing together. The boy had a collection of marbles. The girl had some sweets with her. The boy told the girl that he will give her all his marbles in exchange for her sweets. The girl agreed.

The boy kept the biggest and the most beautiful marble aside and gave the rest to the girl. The girl gave him all her sweets as she had promised.
That night, the girl slept peacefully. But the boy couldn't sleep as he kept wondering if the girl had hidden some sweets from him the way he had hidden his best marble.

Moral of the story
: If you don't give your hundred percent in a relationship, you'll always keep doubting if the other person has given his/her hundred percent.. This is applicable for any relationship like love, friendship, employer-employee relationship etc., Give your hundred percent to everything you do and sleep peacefully

Jangan Jadi Pesimis...

Tanda-tanda Orang Pesimis

  1. Mereka suka mencemuh kejayaan yang dicapaiorang lain disekeliling mereka. Mereka mencemuh untuk mengatakan yang kejayaan orang itu masihtak setanding dengan keupayaan mereka, seolah-olahmereka lebih bagus, lebih hebat (padahal mereka masihtak mencapai apa-apa).
  2. Memandang negatif pada semua orang, perkara, benda dan situasi.
  3. Mengata keburukukan orang lain, tetapi masih tak nampak keburukan, kelemahan dan kekurangan diri. Sepanjang hari,masanya banyak dihabiskan bercakap soal hidup oranglain dan apa yang dilakukan oleh mereka.
Jika Anda jumpa orang bersikap pesimis, bagaimana
untuk menangani mereka?

  • Buat donno saja, biarkan dia dengan dunianya, Andapula dengan dunia Anda. Walaupun mereka cuba kacauhidup Anda, buat tak endah saja seolah-olah perbuataanmereka tak mendatangkan kesan pada Anda.
  • Jika mereka cuba membuat anda jadi marah, geram atau sakit hati, sekali lagi biarkan mereka. Usah dilayan,jangan bertindak balas terlalu cepat dan terlalu drastik.
  • Gunakan pertimbangan akal, bukan pertimbangan emosi. Anda sahut cabaran mereka, ibarat Anda menempa susah untuk diri sendiri kerana itulah yang mereka mahukan.
  • - paling penting, usah difikir sangat pasal mereka. Lebih baik gunakan tenaga mental Anda berfikir soal kemajuan diri sendiri.
"Elokkan Inspirasi Jagai Amali"

Renungan....

12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT:-

Barisan pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan
tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg
menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".


Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur
dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg
meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.


Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn
bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg
enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.


Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm
keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg
suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:

Diiringi dari kubur
dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang
menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:

Diiringi dari kubur dengan
keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur
tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:

Diiringi dari kubur
dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".


Barisan ke-9:

Diiringi dari kubur
dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:

Diiringi dari kubur
dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur
dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg
minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:

Diiringi dari kubur
dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg
beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga
menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang
sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang
tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang
manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"
Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang
kaya?
Orang yang kaya adalah
orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang
miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang
rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang
paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai
akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai
rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah
orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai
rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah
orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang
mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah
mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...


"Elokkan Inspirasi Jagai Amali"