Tuesday, February 17, 2009

WALAUPUN HIDUP SERIBU TAHUN KALAU TAK SEMBANYANG APA GUNANYA

Detik demi detik , malam dan siang silih berganti, umur semakin berkurangan yang disangka berpanjangan .Solat sebagai tiang agama dengan mudah diremehkan . Dosa meninggalkannya disangka ringan .Ancaman kepada muslim yang meninggalkan solat amat berat . Namun kita sering terlepas pandang . Sebelum kita beralasan untuk tidak bersolat molek kiranya perhatikan dalil - dalilnya dengan mata hati ;[H.R. Al Bukhari]

“(Batas) antara hamba dan kekufuran adalah meninggalkan solat.” [H.R. At-Tirmidzi dan Abu Daud]

“(Batas) antara seseorang dan kemusyrikan adalah meninggalkan solat.” [H.R. Muslim]

“Ikatan antara mereka dan kita adalah solat, barangsiapa meninggalkannya maka ia telah kafir.” [H.R. At-Tirmidzi dan Nasa’i ]

“ Para sahabat Rasulullah s.a.w. tidak pernah menilai suatu amalan yang ditinggalkan sbg kekufuran kecuali solat.” [H.R. At-Tirmidzi]

“Barangsiapa meniggalkan solat Asar, maka amalnya menjadi batal (tertolak).” [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

“…..sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar…” [Surah Al-Ankabut:45]

“….. dan apabila mereka (munafik) melaksanakan solat maka mereka melaksanakan dengan malas….” [Surah An-Nisa’:142]

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, iaitu orang-orang yang melupakan/lalai dari solat mereka.” [Surah Al-Maa’un:4-5]

Abdullah bin Mas’ud berkata:“Sesungguhnya aku mengamati (masyarakat) kami bahawa tidak seorang pun yang meninggalkan solat kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafikannya.” [H.R. Muslim]

Rasulullah s.a.w. bersabda:“Tetap teguhlah kamu, jangan bergeser, dan ketahuilah amalmu yang terbaik adalah solat, dan tidaklah akan memelihara wuduk kecuali orang beriman.” [H.R. Malik]

“Saat terdekat bagi seorang hamba kepada Tuhan-nya adalah pada saat dia bersujud.” [H.R. Muslim]Nah !

apakah masih ada ruang untuk kita mengambil mudah tentang solat ? sebahagian daripada kita cepat ' merah telinga ' apabila diajak sembahyang .Mulut cepat melafazkan perasaan tidak puas hati kepada orang yang mempelawa kita solat kenapa agaknya ? Hati tercabar dan berasa marah , sering berpusing - pusing mencari alasan untuk menolak pelawaan. Sedang solat adalah kewajipan bagi setiap muslim .Ini semua adalah kerana hasutan iblis dan syaitan yang mahu manusia muslim terus sesat didalam terang .Sebaliknya pula apabila diajak atau dipelawa perkara lain hati kita terbuka malah jauh dari perasaan marah. Sebagai contoh jika seseorang mengajak kita untuk makan tengahari . Apakah kita akan marah kepadanya . Walhal makan adalah perkara harus didalam agama.Untuk renungan bersama , solat adalah makanan rohani manakala juadah hidangan yang kita jamah itu pula keperluan jasmani .Kedua - duanya penting tetapi yang membezakan adalah bagaiman kita memahami keutamaannya.Sidang pembaca sekalian biar sebesar mana pangkat kita , sehebat mana pun perjuangan kita jika solat diabaikan bermakna kita masih kurang akal. Yang membezakan kita dengan kafir adalah solat . Jika kehidupan kita hanyalah keluar pagi pulang malam . Dan terus terusan jadual kehidupan berulang tanpa perubahan itu tanda bahaya terhadap iman kita !Benarlah bait - bait lirik nasyid popular suatu masa dahulu ."

."Fikir - fikirkanlah .....

No comments: