Tuesday, February 17, 2009

refresh your self

Bagi Anda yang dah biasa guna laptop atau komputer, sudah pasti tahu apa fungsi refresh di bahagian desktop. Klik kanan mouse, akan keluar satu command box.

Klik refresh supaya komputer jadi sedikit ’segar’. Kekadang ada orang refresh sampai 10 kali.

Asyik merefresh aje kerjanya. Kita pun kena camtu. Kena refresh diri selalu supaya dapat bergerak dengan lebih lancar lagi.

Waktu pagi, kita jadi bersemangat. Masuk aje jam 10 pagi, dah start mengantuk, dah mula lemah longlai.Lepas waktu makan tengahari, macam nak tidur saja bila dah kekenyangan!

Tak dapat buat satu apa kerja. Malas jadinya. Bagaimana nak mengatasi masalah ni?
Caranya, kita kena refresh diri kita, macam kita refresh komputer kita tu. Biar kita juga rasa segar dari yang sebelumnya.

Untuk nak merefresh diri, ambil nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan 7 saat, kemudian lepas perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat. Ulang sebanyak 3-5 kali.

Anda akan rasa pening-pening sedikit selepas tu.

Kesannya, Anda rasa lebih segar. Mengantuk, boring, malas dan jemu, semua hilang.

Anda jadi, tenang, relaks sejurus selepas itu. Jika Anda berada dalam situasi sibuk, teknik ini akan membuat Anda tenang ketika memfokus pada apa yang Anda lakukan.

Ataupun, Anda boleh bayangkan seperti Anda mengklik butang ‘refresh’ di skrin komputer depan mata Anda, serta merta Anda bertenaga semula. Anda membayangkan ada cas elektrik kaler biru muncul di atas kepala Anda, menjalar ke seluruh badan hingga ke hujung kaki lalu hilang. Ia membuat Anda rasa ‘fresh’.

Gunakan mana-mana teknik yang Anda rasa sesuai dengan Anda, sama ada teknik pernafasan atau teknik imaginasi, seolah-olah ada skrin di depan mata Anda yang memaparkan butang refresh, sebijik macam kat dalam komputer.

Merefresh selalu membuat Anda berada mood bermotivasi, tak le kurang bersemangat, asyik keboringan, lemah longlai atau asyik mengantuk saja.

No comments: