Jenis Diabetes
Diabetes terdiri dari 2 jenis iaitu diabetes jenis I dan II. Lebih 90% pengidap diabetes adalah dari jenis II. . Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat
Tanda-tanda kencing manis adalah:
* Sering dahaga dan sering perlu minum air.
* Penglihatan semakin kabur.
* Kerap kencing
* Sering pening kepala
Badan lemah dan tidak bermaya
* Selera makan meningkat
* Berat badan turun dengan cepat.
* Luka lambat sembuh
* Jangkitan kurap dan kegatalan pada kemaluan
Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-
* Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
* Mereka yang berat badan agak tinggi
* Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
* Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.
Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.
Mengesan kencing manis
Kencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disureh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.
Bagaimana Mengelak Kencing Manis
Perubahan cara hidup
Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul.
Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: -
Pemakanan
Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.
Senaman
Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% - 60%.
Penjagaan berat badan
Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.
Pemeriksaan diri sendiri
Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.
Pemeriksaan oleh doktor secara tahunan
Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.
Pengambilan Ubat
Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.
Makanan yang patut dielakkan
* Gula
* Gula melaka
* Coklat
* Jem
* Madu
* Sirap
* Aiskrim
* Biskut-biskut yang manis
* Susu pekat
* Minuman ringan
* Gula-gula jeli
Makanan yang patut dikurangkan
* Nasi
* Roti
* Ubi kentang
* Ubi keledek
* Ubi kayu
* Jus
* Kelapa
* Daging kambing
* Buah-buahan jeruk
* Bahan-bahan tenusu
Makanan yang boleh dimakan dengan bebas
* Serbuk lada
* Rempah-rempah
* Serbuk kari
* Cecair - air,teh, kopi,jus tomato dan limau, sup cair
* Sayur-sayuran - kacang panjang, kobis, bawang, timun, lobak merah, kangkong, sawi,cendawan, ,tomato,bunga kobis,
kacang bendi,terung, ketola.
Penawar Tradisional
Amalkan memakan jus peria setiap hari (4 hingga 5 biji) selepas sarapan pagi.
Mengelakkan jangkitan
Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah tersebut :
* Selalu menjaga kebersihan diri
* Tiap-tiap hari, cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air, keringkan kaki dan sapukan bedak
* Mandilah selalu
* Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan
* Jaga kebersihan gigi
* Menjauhkan diri dari kecederaan
* Jangan berjalan tanpa kasut atau selipar
* Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki
* Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada
* Berhati-hati semasa bercukur
* Penjagaan kaki
* Kalau peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda
* Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama
* Jangan pakai kasut yang ketat
* Sentiasa urutkan kaki anda
Tiap-tiap hari, berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit
Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk seperti :-
* Buta
* Kerosakan buah pinggang
* Sakit jantung dan penyakit lumpuh
* Darah tinggi
* Penyakit saraf
* Mati pucuk
Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan tangan. Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan diri sendiri tanpa disedari.
Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh mengakibatkan kehilangan kaki
Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut
Berikut adalah beberapa fakta mengenai penyakit diabetes.
. Seorang mati setiap 10 saat akibat penyakit diabetes di seluruh dunia.
. 70% pengidap diabetes adalah dari negara membangun. Setiap tahun 6 juta penduduk di negara membangun mengidap penyakit
diabetes.
. Usia kebanyakan pengidap diabetes di seluruh dunia adalah dalam lingkunang 45 - 64 tahun.
. Diabetes type 2 adalah merupakan 90 % dari pengidap diabetes. 80% pengidap diabetes boleh dielakkan dan dikawal dengan menukar
cara permakanan, bersenam dan meningkatkan kualiti persekitaran.
. Lebih 1 bilion ringgit digunakan untuk membiayai rawatan penyakit diabetes di seluruh dunia pada tahun ini.
Anda boleh mengelakkan akibat-akibat buruk ini kalau anda menjaga diri anda dengan baik
Mengidap penyakit kencing manis tidak bermakna anda hidup seperti dipenjarakan
Kalau anda ikut langkah-langkah dalam rawatan dan kawalan penyakit ini, anda boleh menikmati kehidupan yang penuh dan bahagia
Kawal penyakti kencing manis untuk menikmati kehidupan yang bahagia dan sihat
Sumber rujukan:
www.geocities. com/alam_ penyakit/
www.kacipemas. com
No comments:
Post a Comment